Sunday, March 2, 2008

Salam Taaruf

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua warga Sechenov? Sudah hampir 2 tahun PPIM bertapak di bumi Sechenov. Maka atas peredaran masa dan perubahan-perubahan yang berlaku menuntut PPIM lebih kreatif dalam menjalinkan hubungan bersama para pelajar.

Memandangkan internet bukanlah masalah besar lagi untuk semua pelajar di 3 hostel utama kita (baik di Kahovskaya, Spartivnaya dan Pushkin), maka, cadangan untuk mewujudkan sebuah blog sebagai sumber informasi aktiviti, wadah ilmu dan ruangan tazkirah telah diketengahkan. Maka pada hari ini, Majlis Tertinggi PPIM MMA telah merealisasikan cadangan ini dengan penuh harapan dapat memartabatkan kehidupan Muslim di Moscow dan secara amnya dapat menjaga silaturrahim sesama kita di sini. Juga diharapkan segala ilmu dapat dikongsi untuk amalan kita seharian dalam mengejar redha Allah. Baik dalam kehidupan, pelajaran dan apa saja.

Maka, atas ikatan aqidah dan iman yang sama, diharapkan blog rasmi PPIM MMA ini dapat menghubungkan kita semua pelajar-pelajar I.M Sechenov Moscow Medical Academy (MMA) untuk sama-sama teguh di atas jalan aqidah yang kita pilih ini.

Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka.

Di sinilah bukti tanggungjawab yang kita sama-sama perlu galas untuk ummat Islam itu sendiri dan menyampaikan kandungan Islam itu untuk dikongsi dengan yang lain.

Cukup dulu kali ini ya. Bertemu lain kali. Wallahu a'lam. Da svidaniya!

2 comments:

Anonymous said...

trima kasih kpd ppim.smoge kita smue mndapat manfaat dr blog ini.insyaALLAH

Anonymous said...

warna background hijau..!!
memang cun...!!

barakallah lakum..