Monday, March 24, 2008

Pengumuman ahli-ahli baru MT PPIM MMA

Assalamualaikum...

Akhirnya selesai sudah Majlis Maulidur Rasul dan Hari Pengundian Calon-calon MT PPIM. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menghadirkan diri ke majlis tersebut. Majlis itu telah berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran lebih kurang 250 pelajar tidak kira dari MMA mahupun RSMU. Semoga ceramah dan forum yang telah dibuat sedikit sebanyak memberi ilmu berguna kepada smua yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli MT PPIM yang baru dilantik. Kepada yang kurang bernasib baik, janganlah bersedih kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Insya Allah.

Berikut merupakan senarai nama ahli-ahli baru MT PPIM 08/10:
  1. Muhammad Asyraf Azizan (Tahun 4)
  2. Muhammad Azam Bin Mohd Niza (Tahun 2)
  3. Mohd Akmal Bin Shafie (Tahun 2)
  4. Arif Azfarahim Bin Ibrahim (Tahun 2)
  5. Ahmad Faiq Bin Mokhtar (Tahun 1)
  6. Mohd Nabil Bin Halim (Tahun 1)
  7. Amnah Binti Mohd Yousop (Tahun 4)
  8. Nabilah Binti Azman (Tahun 4)
  9. Nurul Fida Nusaiba Binti Mohd Shukor (Tahun 2)
  10. Wan Nazihah Binti Wan Muhammad (Tahun 2)
  11. Aisyah Khaulah Binti Muslim (Tahun 1)
  12. Nurul Iman Binti Zalzilah Rashidi (Tahun 1)

Semoga MT PPIM yang baru dilantik ini akan melaksanakan tugas masing-masing dengan cemerlang dan bakal membawa PPIM terus menuju ke arah kegemilangan. Insya Allah.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli MT yang lama dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Tanpa anda, tak mungkin program ini akan berjaya. Hanya Allah sahaja yang dapat mambalas jasa kalian.

Wassalam.

Saturday, March 22, 2008

Aturcara Program 23 Mac 2008

ATURCARA PROGRAM AGM IMAM-MSC

0830 - Pendaftaran
0930 - Ucapan dan perasmian majlis
1030 - Talk:
Leadershirp & Success: A process of education , training, experience & self study (By: Left Col Dr Mohd Yunus Masjuki)
1130 - Kudapan dan persembahan nasyid
1200 - Forum : Rasulullah dan Kejayaan
1300 - Pengundian

Makan tengah hari
Solat Zohor

1400 -
Pembentangan laporan aktiviti
Pembentangan laporan kewangan
Ucapan dan sesi soal jawab
Pengumuman pemenang kuiz
Penyampai Sijil Sunathon 2007
Perletakan jawatan
Pengumuman ahli jawatankuasa baru
Pengumuman ahli jawatankuasa baru
Penyerahan tugas

1600 - Bersurai

JUMPA DI KEDUTAAN ESOK!

Friday, March 21, 2008

Kuiz Maulidurrasul 1429H

Assalammualaikum wbt...

Bahang pilihanraya kini semakin terasa. Mari kita hangatkan lagi bahang pilihanraya kita dengan menyertai kuiz sirah nabawiyah sempena sambutan Maulidurrasul 1429H. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Cukupkah dengan kita mengatakan cinta dan rindu kita kepada Rasulullah tanpa pernah kita menyelusuri kisah hidup insan agung kekasih pilihan Allah itu? Tanpanya, kita tidak akan merasa nikmat iman dan Islam pada hari ini. Belum tentu cinta kita kepadanya setanding dengan cinta Rasulullah kepada kita, umat yang tidak pernah dijumpainya.

Memperbanyakkan selawat bukanlah hanya pada hari kelahiran baginda sebaliknya perlu diaplikasikan setiap hari. Kelebihan selawat telah diriwayatkan daripada Aisyah bahawa dia telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba2 kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari qiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi: "Siapakah org yg bakhil?" Jawab baginda: "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." Maka sahabat-sahabat, mari kita memperbanyakkan selawat ke atas nabi supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang bakhil.

Untuk menyertai kuiz maulidurrasul, sila klik sini. Mari kita menguji minda di hujung minggu! Pelbagai hadiah menarik bakal menanti anda. Jumpa ahad nanti di kedutaan!

Tuesday, March 18, 2008

Kenali Calon PPIM-MMA 2008-2010

Assalamualaikum wbt



Masanya telah hampir tiba. Mari kenali calon-calon MT PPIM-MMA yang akan bertanding pada hari Ahad ini. Berikut merupakan senarai akhir calon-calon MT PPIM-MMA 2008-2010:
  1. Muhammad Asyraf Azizan (Tahun 4)
  2. Hafizuddin Bin Haji Awang (Tahun 3)
  3. Muhammad Azam Bin Mohd Niza (Tahun 2)
  4. Mohd Akmal Bin Shafie (Tahun 2)
  5. Arif Azfarahim Bin Ibrahim (Tahun 2)
  6. Ahmad Faiq Bin Mokhtar (Tahun 1)
  7. Mohd Nabil Bin Halim (Tahun 1)
  8. Amnah Binti Mohd Yousop (Tahun 4)
  9. Nabilah Binti Azman (Tahun 4)
  10. Siti Hamizah Binti Mohd Salleh (Tahun 3)
  11. Shazwani Binti Adnan (Tahun 3)
  12. Nurul Fida Nusaiba Binti Mohd Shukor (Tahun 2)
  13. Wan Nazihah Binti Wan Muhammad (Tahun 2)
  14. Aisyah Khaulah Binti Muslim (Tahun 1)
  15. Nurul Iman Binti Zalzilah Rashidi (Tahun 1)
Jom ramai-ramai ke Kedutaan Besar Malaysia untuk mengundi disamping mengikuti program motivasi, forum Maulidul Rasul dan persembahan nasyid.

Kullu am wa antum bikhair.

Saturday, March 15, 2008

AGM of IMAM-MSC 2008-2010




Assalamualaikum wbt

Ini adalah julung-julung kali IMAM-MSC akan mengadakan AGM setelah 2 tahun bertapak. Bagi MMA, IMAM telah ditubuhkan pada 8 April 2006. Sudah hampir 2 tahun usia IMAM kini. Pada 2 penggal pertama IMAM di MMA ini, lantikan Majlis Tertinggi telah dilakukan secara undian dalam mesyuarat dan perjumpaan agung yang dibuat bertempat di Hostel Spartivnaya 2 tahun yang lalu.

Dan kini, memandangkan jumlah pelajar Muslim di Moscow, baik di MMA dan RSMU yang sudah bertambah, Anual General Meeting dianjurkan sebagai satu langkah untuk mengumpulkan semua Muslim dan seterusnya membuat sistem undi yang lebih tersusun kemas.

Berikut adalah Majlis Tertinggi PPIM-MMA bagi sesi 2006-2008.

Pengerusi :
Abd. Mustaqim Bin Abd. Isham (Tahun 5)

Naib Pengerusi :
Siti Sarah Binti Mohd Shukor (Tahun 5)

Setiausaha :
Hazmilia Binti Azalan (Tahun 3)

Bendahari :
Nurul Khairin Binti Karim (Tahun 5)

Exco Tarbiah dan Bina Insan :
Mohd. Rafeeq Bin Azlan (Tahun 4)
Amnah Binti Mohd Yousop (Tahun 4)

Exco Penerbitan dan Publisiti :
Israfil Merican Bin Fazil Merican (Tahun 5)
Nur Emiliana Binti Mokhtar (Tahun 3)

Exco Akademik :
Mohd Nazlin Bin Kamaruddin (Tahun 5
Nur Fatiha Binti Mohd. Pauzi(Tahun 4)

Exco Kebajikan dan Sosial :
Aizat Sabri Bin Alias (Tahun 5)
Nabilah Binti Azman (Tahun 4)

Dan untuk AGM pada kali ini, kita mempunya 15 orang calon yang akan bertanding untuk 12 jawatan di atas untuk meneruskan kesinabungan persatuan kita di sini. 15 Calon tersebut ialah:
  1. Muhammad Rafeeq Bin Azlan (Tahun 4)
  2. Hafizuddin Bin Haji Awang (Tahun 3)
  3. Muhammad Azam Bin Mohd Niza (Tahun 2)
  4. Mohd Akmal Bin Shafie (Tahun 2)
  5. Arif Azfarahim Bin Ibrahim (Tahun 2)
  6. Ahmad Faiq Bin Mokhtar (Tahun 1)
  7. Mohd Nabil Bin Halim (Tahun 1)
  8. Amnah Binti Mohd Yousop (Tahun 4)
  9. Nabilah Binti Azman (Tahun 4)
  10. Siti Hamizah Binti Mohd Salleh (Tahun 3)
  11. Shazwani Binti Adnan (Tahun 3)
  12. Nurul Fida Nusaiba Binti Mohd Shukor (Tahun 2)
  13. Wan Nazihah Binti Wan Muhammad (Tahun 2)
  14. Aisyah Khaulah Binti Muslim (Tahun 1)
  15. Nurul Iman Binti Zalzilah Rashidi (Tahun 1)
Jumpa di Kedutaan nanti untuk memilih kepemimpinan baru kita! Allah Taala a'lam.

Pengumuman Terkini

Assalamualaikum wbt

Atas sebab-sebab rasmi, program IMAM's Open Day 2008 pada hari ini akan ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Dan mulai hari esok, video calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya PPIM-MMA akan mula ditayangkan. Profile calon-calon boleh dirujuk di blog ini nanti.

Segala kesulitan amat dikesalkan. Semoga program IMAM's Open Day 2008 akan dapat diteruskan selepas Anual General Meeting (AGM) of IMAM-MSC di Kedutaan Besar.

Maklumat AGM IMAM-MSC:

* Tarikh : 23 Mac 2008 (Ahad)
* Tempat : Kedutaan Besar Malaysia, House No. 50, Ulitsa Mosfilmoskaya
* Aturcara : 1) Pagi - Bual Bicara Maulidul Rasul 2) Tengahari - Mengundi

Diharapkan kita semua dapat menghadirkan diri sempena Majlis Maulidul Rasul dan AGM IMAM-MSC ini dan menjalankan tanggungjawab untuk melantik organisasi baru persatuan kita. Turut bersama dalam majlis tersebut adalah sahabat-sahabat dari RSMU.

JUMPA DI SANA AHAD DEPAN INSYA ALLAH! FI AMANILLAH!

Sunday, March 9, 2008

PENGUMUMAN : IMAM's OPEN DAY 2008

Pada 15 Mac 2008 (sabtu) , PPIM Moscow Medical Academy akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1429 hijrah dan manifesto calon-calon Majlis Tertinggi PPIM MMA sesi baru 2008/2010. Berikut merupakan butir-butir program berkenaan:
  • Program: IMAM's Open Day 2008
  • Tempat : Lecture Hall Pejabat Dekan Frunzenskaya
  • Masa : 9.30 pagi - 12 tengahari

Antara program-program yang akan diadakan adalah:

  • Tilawah al-Quran
  • Persembahan nasyid
  • Marhaban dan berzanji
  • Deklamasi sajak dan pentomen
  • Forum Maulidur Rasul

Selain itu, manifesto calon-calon Majlis Tertinggi PPIM sesi baru juga akan diadakan. Berikut merupakan senarai nama bagi 15 calon-calon yang terlibat :

  1. Muhammad Rafeeq bin Azlan (tahun 4)
  2. Hafizuddin Awang (tahun 3)
  3. Muhammad Azam bin Mohd Niza (tahun 2)
  4. Mohd Akmal bin Shafie (tahun 2)
  5. Arif Azfarahim bin Ibrahim (tahun 2)
  6. Ahmad Faiq bin Mokhtar (tahun 1)
  7. Muhd Ridwanul Hanif b Zulkarnain (tahun 1)
  8. Mohd Nabil bin Halim (tahun 1)
  9. Amnah binti Mohd Yousop (tahun 4)
  10. Nabilah binti Azman (tahun 4)
  11. Siti Hamizah binti Mohd Salleh (tahun 3)
  12. Shazwani binti Adnan (tahun 3)
  13. Nurul Fida Nusaiba binti Mohd Shukor (tahun 2)
  14. Wan Nazihah binti Wan Muhammad (tahun 2)
  15. Aisyah Khaulah binti Muslim (tahun 1)

Semua pelajar Muslim tidak kira dari Spartivnaya, Kahovskaya dan Pushkin dijemput hadir untuk sama-sama menyambut hari kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Diminta supaya dapat hadir lebih awal supaya program berjalan lancar dan berakhir tepat pada waktunya memandangkan sebahagian pelajar perlu manghadiri lecture pada jam 1 tengahari.

Hari Pengundian pula akan berlangsung pada 23 Mac 2008 di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Hanya 12 calon akan dipilih untuk memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi PPIM yang baru. Butir-butir selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

Mari ramai-ramai kita mengenali calon-calon pemimpin kita pada 15 Mac 2008 ini dan menjalankan tanggungjawab kita untuk mengundi dalam Anual Grand Meeting of PPIM-MSC pada 23 Mac 2008 di Kedutaan.

Bersama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar s.a.w: Allahuma solli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi sayidina Muhammad

Monday, March 3, 2008

Kedai Halal Di Pasar Usachevsky

Assalamualaikum wbt

Dalam Nawaitu yang lalu, isu halal, haram dan syubhah dalam pemilihan makanan kita di sini telah dibincangkan. Semoga dengan perbincangan itu dan kaedah atau jalan keluar yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk membeli makanan yang dibincangkan dalam isu tersebut dapat membantu kita semua.

Tengahari tadi, ketika pulang dari Dekanat, saya telah disapa oleh seorang muslim di dalam Pasar Dalam (rinak bertutup). Dia membawa saya ke kedainya yang sedang membuat promosi. Baru hari ini beroperasi. KEDAI HALAL. Menjual segala jenis daging halal dari masjid, ayam halal yang segar dan dalam masa seminggu, ayam golek (kuri gril) juga akan mula dijual. Wanita tersebut menunjukkan saya sijil sah halal yang diperakui. Pekerja-pekerjanya semua bertudung dan mereka sangat mengharapkan KEDAI HALAL ini menjadi pilihan warga muslim yang bermastautin di Hostel Spartivnaya House No. 16. Wanita itu juga bertanyakan saya tentang organisasi yang menjaga kebajikan muslim di sini bagi pelajar-pelajar Malaysia. Dia tidak salah orang. Saya dengan gembira menerangkan tentang PPIM. Wanita itu menerangkan andai dipertengahan musim bunga ini ada rehlah bersama masjid, dia akan memaklumkan kepada kita semua.

Di bawah ini plan yang tepat ke KEDAI HALAL ini. Harganya standard harga di masjid. Sekarang kita telah punya alternatif kedai yang 100% halal yang berhampiran dengan kita. Jadi, berfikirlah dengan bijak. Mari kita memilih kedai ini sebagai sumber barangan halal kita di samping dapat membantu ekonomi orang Islam sendiri. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh disuarakan di ruangan komen. [Klik imej untuk paparan yang lebih besar]




Wallahu a'lam
-KS-

Sunday, March 2, 2008

Haram dan Syubhah. Pedulikah?

Assalammualaikum wbt.

Seperti yang sedia maklum, penerbitan NAWAITU yang berupa risalah tazkirah dan sedikit panduan dalam menjalani kehidupan sehari-hari tidak asing lagi di bumi Sechenov ini. Kini, setelah hampir 2 tahun penerbitannya, NAWAITU diterbitkan dalam 2 medium yang berlainan yang mana penerbitannya dalam bentuk risalah masih lagi akan dikekalkan selain dimuatkan di sini. Apa bezanya? Hanya anda, warga Sechenov yang lebih mengetahuinya.

Berbalik pada tajuk di atas, tidak dinafikan, kehidupan di luar negara amnya lebih-lebih lagi Moscow khususnya yang kedai makanan halalnya sukar didapati sangat menduga kita dalam soal pemilihan makanan. Dalam keadaan yang letih setelah pulang dari kelas terpaksa pula memasak bagi mengisi perut yang berkeroncong. Ayam yang biasanya menjadi menu utama tidak sukar untuk dicari yang mempunyai tanda halal. Ayam Doux kelazimannya yang digunakan boleh didapati di masjid, pasar mahupun Ashan (jangan lupa, Ashan merupakan salah satu penyumbang kepada Israel la’natullah.) Walaupun ayam yang bertanda halal dan makanan laut seperti sotong, udang dan sebagainya itu halal, pemilihan kedai turut memainkan peranan. Kebiasaanya, ayam dan makanan laut itu dijual bersama daging lembu, kambing dan tidak juga ketinggalan daging khinzir. Semasa jurujual tersebut menyerahkan ayam halal kepada kita, sebelum itu mungkin tangannya telah memegang daging haram itu tanpa menyamaknya. Di sini menunjukkan sedikit keraguan akan status ayam tersebut. Sebaiknya, pilihlah kedai yang tiada menjual bersama daging haram itu seperti di masjid atau di kedai runcit di mana ayam tersebut diletakkan di dalam peti sejuk bersama sayur sejuk beku.

Jika memilih untuk makan di luar, carilah kedai yang betul-betul tidak diragui halalnya. Kedai tersebut mestilah tidak turut menjual daging khinzir sebagai menu. Menurut kaedah fekah, apabila kita bertanya kepada tuan punya kedai akan halalnya makanan yang dijual, kita tidak perlu menyelidik perkara tersebut ke akar umbi jika tuan kedai mengatakannya halal. Cukuplah dengan meyakininya. Jika ragu-ragu dengan keadaan tuan kedai tersebut setelah dikatakan halal, tinggalkanlah. Oleh itu, janganlah malu untuk bertanya. Kebiasaanya kita hanya mendengar daripada mulut orang lain kedai mana yang halal tanpa bertanya pada tuan kedai terlebih dahulu. Perlu dipastikan juga bahawa sumber itu daripada orang yang kita percayai. Untuk lebih berkat lagi, masak sahaja di rumah. Lebih kena dengan selera kita bukan?

Makanan seperti coklat, aiskrim, kek dan sebagainya kebiasaanya mengandungi gelatin dan emulsifier yang dilabel sebagai E sebahagiannya mengandungi bahan yang haram iaitu diperbuat daripada lemak khinzir. Memandangkan makanan di Moscow tiada tanda halal, jangan lupa untuk memeriksa kandungan makanan tersebut tidak mengandungi gelatin dan emulsifier yang dilabelkan haram paling sahih E471. Selainnya, beberapa kod yang dilabelkan haram sebenarnya tidak diketahui sumbernya daripada haiwan atau tumbuhan. Sebaiknya, tinggalkan sahaja makanan yang mengandungi kod haram tersebut.

Apakah peri pentingnya kita menjaga makanan kita? Kita lihat dalam Surah Al-Baqarah 168 yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia, Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Betapa pentingnya makanan halal itu kepada tubuh badan manusia, jelas terpampang di dalam ayat di atas yang mana Allah s.w.t telah menyeru dengan lafaz “Wahai sekalian manusia” dan tidak dengan lafaz “Wahai sekalian umat Islam”. Ini jelas menunjukkan bahawa makanan yang halal dan baik itu memberikan manfaat dan faedah kepada umat manusia seluruhnya dan tubuh manusia itu sememangnya berhajat kepada sumber-sumber makanan yang halal lagi baik.

Kita lihat pula seruan Allah s.w.t pada ayat yang seterusnya iaitu pada ayat 172 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.”

Pada ayat ini pula Allah s.w.t telah memerintahkan seluruh umat Islam yang beriman agar memastikan bahawa bukan sahaja makanan mereka adalah dari sumber halal malah baik(memberi manfaat). Baik di sini termasuklah makanan yang berkhasiat dan bertenaga dalama usaha kita beribadah dan menuntut ilmu. Sebagai pelajar perubatan, kita sedia maklum yang makanan halal lagi baik ini sangat penting kerana ia mempunyai kaitan yang rapat dengan kesihatan hati, jantung dan otak manusia terutama kepada umat Islam. Ketiga-tiga organ di atas adalah alat-alat yang penting di dalam tubuh manusia di dalam proses pembangunan jasmani dan rohani agar mengikut acuan yang berlandaskan ajaran Islam.

Satu hadis Rasusulullah s.a.w dari Ibnu Abbas r.a bahawa pada suatu hari terdapat sahabat Rasulullah iaitu Saad bin Abi Waqqas meminta agar Rasulullah berdoa kepada Allah supaya segala doa dan permohonannya dimakbulkan oleh Allah. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Wahai Saad, perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad ada di tangannya, sesungguhnya seseorang lelaki yang memasukkan satu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama 40 hari. Barangsiapa di antara hamba Allah itu yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api neraka terlebih baik baginya.”

Maha Suci Allah, sesungguhnya hidup kita sentiasa berharap dan berdoa pada-Nya. Tidak hairanlah sekiranya jika kita berdoa berjam-jam dan berhari-hari tetapi masih tidak dimakbulkan-Nya. Lihatlah balik pada diri kita. Mungkin terdapat suapan-suapan haram yang telah masuk ke dalam perut kita. Kesimpulannya, perberatkanlah soal pemakanan kita sehari-hari. Usahalah mencari yang halal dan yakinilah. Jika terdapat keraguan maka jauihilah kerana telah masuk pada syubhah dan syubhah itu lebih hampir kepada haram.

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Selamat menjamu selera semua!

Salam Taaruf

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua warga Sechenov? Sudah hampir 2 tahun PPIM bertapak di bumi Sechenov. Maka atas peredaran masa dan perubahan-perubahan yang berlaku menuntut PPIM lebih kreatif dalam menjalinkan hubungan bersama para pelajar.

Memandangkan internet bukanlah masalah besar lagi untuk semua pelajar di 3 hostel utama kita (baik di Kahovskaya, Spartivnaya dan Pushkin), maka, cadangan untuk mewujudkan sebuah blog sebagai sumber informasi aktiviti, wadah ilmu dan ruangan tazkirah telah diketengahkan. Maka pada hari ini, Majlis Tertinggi PPIM MMA telah merealisasikan cadangan ini dengan penuh harapan dapat memartabatkan kehidupan Muslim di Moscow dan secara amnya dapat menjaga silaturrahim sesama kita di sini. Juga diharapkan segala ilmu dapat dikongsi untuk amalan kita seharian dalam mengejar redha Allah. Baik dalam kehidupan, pelajaran dan apa saja.

Maka, atas ikatan aqidah dan iman yang sama, diharapkan blog rasmi PPIM MMA ini dapat menghubungkan kita semua pelajar-pelajar I.M Sechenov Moscow Medical Academy (MMA) untuk sama-sama teguh di atas jalan aqidah yang kita pilih ini.

Rasulullah saw bersabda:

Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka.

Di sinilah bukti tanggungjawab yang kita sama-sama perlu galas untuk ummat Islam itu sendiri dan menyampaikan kandungan Islam itu untuk dikongsi dengan yang lain.

Cukup dulu kali ini ya. Bertemu lain kali. Wallahu a'lam. Da svidaniya!