Friday, March 21, 2008

Kuiz Maulidurrasul 1429H

Assalammualaikum wbt...

Bahang pilihanraya kini semakin terasa. Mari kita hangatkan lagi bahang pilihanraya kita dengan menyertai kuiz sirah nabawiyah sempena sambutan Maulidurrasul 1429H. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Cukupkah dengan kita mengatakan cinta dan rindu kita kepada Rasulullah tanpa pernah kita menyelusuri kisah hidup insan agung kekasih pilihan Allah itu? Tanpanya, kita tidak akan merasa nikmat iman dan Islam pada hari ini. Belum tentu cinta kita kepadanya setanding dengan cinta Rasulullah kepada kita, umat yang tidak pernah dijumpainya.

Memperbanyakkan selawat bukanlah hanya pada hari kelahiran baginda sebaliknya perlu diaplikasikan setiap hari. Kelebihan selawat telah diriwayatkan daripada Aisyah bahawa dia telah berkata: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba2 kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari qiamat?" Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi: "Siapakah org yg bakhil?" Jawab baginda: "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." Maka sahabat-sahabat, mari kita memperbanyakkan selawat ke atas nabi supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang bakhil.

Untuk menyertai kuiz maulidurrasul, sila klik sini. Mari kita menguji minda di hujung minggu! Pelbagai hadiah menarik bakal menanti anda. Jumpa ahad nanti di kedutaan!

No comments: